BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 6, 2010

TEMPAHAN BLOG HEADER TERMURAH ..

Ada sesiapa nak tempah BLOG HEADER, boleh email kat saya kat

Email : faiz_ssi@yahoo.com.sg

Nanti kat situ, kita boleh deal camner nak gaya aper kat BLOG HEADER tu k .. Harga berpatutan .. jangan risau … dari serendah RM5 ajer … contoh blog header koleksi saya …

 

                                       Blog Header Seminit Bagiku

Salam Reunion .. hihi

Fuhhhh … Lama betolll aku tak on blog ni .. agak2 dah setahun kowt .. hihihi .. nak buat mcmmaner, buzy memanjang .. haha .. dari student, sampai lah aku dah bekerja sekarang .. Nasib aku tak luper password ngn username dia .. hihi .. BTW, Nice to meet you again lahhh … Hihi

Friday, August 7, 2009

Apa sudah jadi dah...

Baru baru ni kolej kitorg digemparkan dengan kejadian bas sewa yang menghantar pelajar dari hostel ke kolej terbakar dan meletup semasa menghantar pelajar pulang dari kolej..Siap masuk dalam akhbar metro lagi tu..huhuhu.. ni potongan berita dalam Metro dan gambar skali..



Harian Metro , Rabu 5/8/2009 Pelajar kolej nyaris rentung SEREMBAN: Sekumpulan pelajar sebuah kolej berdepan saat paling mengerikan apabila nyaris rentung selepas bas dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Batang Benar berhampiran Stesen Komuter Mantin, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, bas berkenaan dikatakan membawa kumpulan pelajar itu ke kolej penginapannya tidak jauh dari situ. Harian Metro difahamkan, semua penumpang yang menaiki bas berkenaan terdiri daripada pelajar perempuan. Sumber berkata, ketika kejadian, pemandu menyedari asap keluar daripada enjin bas berkenaan bertindak bijak dan pantas apabila memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan. Menurutnya, sebaik berhenti, api didapati keluar daripada bahagian enjin menyebabkan bas itu terbakar. “Pelajar yang berada di dalam bas itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu utama dan kecemasan. “Mereka semua selamat apabila sempat keluar sebelum bas itu terbakar sepenuhnya,” katanya. Difahamkan juga, ada pelajar yang cedera ringan ketika bersesak-sesak keluar bagi menyelamatkan diri daripada bas terbakar. Beliau berkata, punca kejadian itu masih dalam siasatan dan bas itu hangus. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 petang. Menurutnya, sebuah jentera bersama sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan api.

Hihihi...teruk tol lah...tak tau nak cakap camne..kang komen lebih lebih kang, ada plak yang terasa hati & nak marah saya plak...apa apa pun, takziah kepada semua mangsa- mangsa kebakaran..kat sini jugak saya akan upload video semasa kebakaran ni k...bye..


Sunday, July 26, 2009

Bowing giler siot....

ari ahad yang memboringkan siott...aku bangun dah time lunch..housemate semua dah kuar gi lunch..nasib baik ad phone diorg..aku kirim aje lah kat diorg...

Nasib badan lahh...diorg lunch macam lunch ngan kerabat di raja..lama giler siott....dah masuk angin kuar asap dah perut aku ni...aku just on9 ajer satu harii ni..nasib baik ada line kat kawasan hostel ni..kalau tak, tak tau lah aper aku nak wat..

Esok satu hari SKILL LAB...tension4x... XD

Bowing3x..

Next week ad PC Fair kat KLCC...aku nak gi jap lahh...nak cari gadjet baru...huhuhuhuhu..

Klahh..chauu dulu, nak gi men Volleyball...bye..

Thursday, July 23, 2009

Aduisshhhhh....penatnyer...

Biasalah...dah naik semester baru, subject pun kene baru gak kan..semester kali ini, saya blaja banyak kepada Emergency and Disaster Nursing, Eye, Ear, Nose and Throat, Skin...banyak lahhh....tu yang agak penat sikit....huhuhuhu..nak wat macammaner...Calit kat uniform pun dah bertambah...hihihihihi...so lagi setahun lagi dah kene ambik exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)...berat2...akhir tahun ni, kene ambik exam Malaysian University English Test (MUET)...pening2...harap2 semuanya berjalan dengan lancar lah....harap2...aminn...

Friday, July 17, 2009

Ipoh????

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Gelisah

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.

Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama. Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.

Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC. Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga. Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3. Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat. Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot....

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut. Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.

Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya? Jururawat: Kenapa? Suami 4: Saya bekerja di seven eleven ....