Baru baru ni kolej kitorg digemparkan dengan kejadian bas sewa yang menghantar pelajar dari hostel ke kolej terbakar dan meletup semasa menghantar pelajar pulang dari kolej..Siap masuk dalam akhbar metro lagi tu..huhuhu.. ni potongan berita dalam Metro dan gambar skali..
Harian Metro , Rabu 5/8/2009 Pelajar kolej nyaris rentung SEREMBAN: Sekumpulan pelajar sebuah kolej berdepan saat paling mengerikan apabila nyaris rentung selepas bas dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Batang Benar berhampiran Stesen Komuter Mantin, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, bas berkenaan dikatakan membawa kumpulan pelajar itu ke kolej penginapannya tidak jauh dari situ. Harian Metro difahamkan, semua penumpang yang menaiki bas berkenaan terdiri daripada pelajar perempuan. Sumber berkata, ketika kejadian, pemandu menyedari asap keluar daripada enjin bas berkenaan bertindak bijak dan pantas apabila memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan. Menurutnya, sebaik berhenti, api didapati keluar daripada bahagian enjin menyebabkan bas itu terbakar. “Pelajar yang berada di dalam bas itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu utama dan kecemasan. “Mereka semua selamat apabila sempat keluar sebelum bas itu terbakar sepenuhnya,” katanya. Difahamkan juga, ada pelajar yang cedera ringan ketika bersesak-sesak keluar bagi menyelamatkan diri daripada bas terbakar. Beliau berkata, punca kejadian itu masih dalam siasatan dan bas itu hangus. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 petang. Menurutnya, sebuah jentera bersama sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan api.
Hihihi...teruk tol lah...tak tau nak cakap camne..kang komen lebih lebih kang, ada plak yang terasa hati & nak marah saya plak...apa apa pun, takziah kepada semua mangsa- mangsa kebakaran..kat sini jugak saya akan upload video semasa kebakaran ni k...bye..
Friday, August 7, 2009
Apa sudah jadi dah...
Posted by Ruang Kosong Ku at 2:58 AM
Labels: Kebakaran Bas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment